Pages

Wednesday, February 19

Parrots Abg Aji Tips - Ciri-ciri Burung Sakit

Bismillahhirrahmannirrahim ... 
Assalammualaikum semua .. salam sejahtera ... :) 

Hai .. apa khabar semua .. sibuk menjalankan tugas hakiki kemudian menyiapkan permainan burung .. lama juga tak update blog .. hehe .. ok .. hari ini saya nak kongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari otai2 .. internet .. dan pengalaman saya sendiri .. moga memberi manfaat pada semua. 

Bagaimana untuk mengenali burung hiasan kesayangan kita diserang sakit? 



Berikut saya sertakan sedikit perkara yang dipelajari untuk perkongsian semua.

1 . Mata
Pada mata keluar sekretum ( cecair yang tidak normal atau bukan cecair mata biasa ) , berubah warna atau kecerahannya , tidak bersinar , sayu , kuyu , mata dipejam - pejamkan  ( kerap berulang ) , dan terjadi pembengkakan di sekitar mata .

2 . Lubang hidung ( nostrils )
Dari lubang hidung keluar hingus , sesuatu yang membeku sehingga menutupi nostril dan bersin - bersin atau membuka - buka paruhnya kerana sesak nafas . Selain itu , bulu - bulu di sekitar nostril dan kepala pada umumnya kotor kerana sering digaru atau diusap .

3 . Sayap dan bulu
Bulu nampak suram dan kusut , sayap lunglai ( baik sebelah atau kedua-duanya ) , perilaku merata bulu - bulu hilang atau tidak dilakukan .

4 . Nafsu atau perilaku makan
Nafsu makan turun atau hilang, tidak pandai mematuk makanannya, dan berat badan menurun (nampak kurus) .

5 . Keseimbangan
Burung nampak lemah atau monyok , tidak mampu atau sukar bertenggek ( biasanya burung ada di tingkat kurungan ) , dan tidak suka bergerak .

6 . Sendi tulang
Pada sendi tulang terjadi pembengkakan dan berubah bentuk . ( sukar dilihat secara kasar )

7 . Kebiasaan rutin harian
Kebiasaan rutin harian yang biasa dilakukan tidak dilakukan lagi , tidak suka mandi - mandi , tidak berkicau , suara kicauannya berubah , dan lain - lain .

8 . Tubuh
Terdapat jendolan atau timbunan di sekitar tubuhnya .




Dari semua ciri - ciri diatas dapatlah kita mengenalpasti sekiranya burung hiasan kesayangan kita sakit, seeloknya segeralah kita mengasingkan burung yang sakit dari burung - burung yang lain , jika anda tahu cara merawatnya teruskan dengan cara anda , jika tidak .. segeralah bawa ke klinik veterinar yang berhampiran , kebiasaannya banyak terdapat klinik veterinary berkaitan anjing , kucing dan arnab , tapi ada segilintirnya mampu juga merawat burung . Jika tiada rawatan untuk burung , jangan segan - segan untuk bertanya doctor di klinik tersebut , mungkin dia ada kawan - kawan seangkatanya yang pakar perubatan untuk burung , di UPM pun ada juga .. dekat dengan Hospital Serdang . Boleh klik sini ..

Sekiranya anda ingin membawa burung hiasan kesayangan anda ke klinik untuk rawatan , sedikit perkara ingin saya kongsikan : -

  1. Buat temujanji dahulu bersama klinik veterinar,(boleh juga datang terus jika keadaan memaksa).
  2. JANGAN bersihkan burung hiasan kesayangan anda, terus bawa dalam keadaan yang sakit itu, ini membantu doktor untuk lebih mengenali penyakit yang sedang dialami .
  3. Bawa burung dalam sangkar yang ditutup kain atas dan sekitarnya..ini membantu untuk memberi ketenangan pada burung .


p / s : Insyaallah akan datang saya berkongsi cara merawat pula . :)

Sumber : Otai2 , Pengalaman dan En.Google .

4 comments:

  1. Ni nk buat macam mana burung saya pada waktu malam dia akan tiba tiba
    Pnegsan,lepas gosot dada dia sedar sikit sikit.kenapa ya?

    ReplyDelete
  2. Kebanyakan orang cakap dia panas,sawan dan kurang nutrisi

    ReplyDelete
  3. Saya nak tanya. Kalau bulu burung kembang. Itu bermakna burung sakit ka. Dan brapa byarbkos rawatan dia

    ReplyDelete
  4. Klau tanya pon mampuih nak jawab.sedarlah,perubatan itu satu perniagaan..munafik ja

    ReplyDelete