NOTA PENTING!

Assalammualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca blog saya.

Saya tidak membiak dan menjual burung-burung budgie,teil,LB sejak 2015 lagi kerana sudah berpindah kerja di Kuala Lumpur dan kerja saya memerlukan saya banyak bertugas di luar negeri dan bergerak dari 1 tempat ke 1 tempat yang lain. Tiada masa untuk beri tumpuan penuh.

Blog ini lebih kepada info2 dan aksesori serta mainan burung sahaja buat masa ini.

Sekian,Terima Kasih.


EXTRA LARGE ( XL ): Macaw Hyacinth, Macaw Green-winged, Macaw Scarlet, Macaw Blue and Gold, Moluccan, Umbrella, Palm Cockatoo, dan Greater sulphur-crested.


LARGE PARROTS ( L ): Amazons, African Grey, Cockatoos Laseer, Goffins, Sulphur Crested Cockatoo, Mini Macaws, Most Macaws, Cape U / Un cape, Galah, Jardine, Sun Conure Nanday, Conure blue crown, Macaws baby / muda, Cockatoos baby / muda, dan Moluccan baby / muda.


MEDIUM ( M ): Ring neck, Lorikeets, Meyers, Pionus, Poicephalus, Sun Conure, Green Cheeck, Rosella, Goffin muda, African grey muda, Amazons muda, dan Macaw mini muda.


SMALL ( S ): Budgerigar, Lovebirds, Cockatiels, Parrotlets, Sun Conure muda, dan Green Cheeck muda



"USIA mahupun JENIS BURUNG juga boleh menjadi pertimbangan terhadap pemilihan jenis-jenis mainan."

Showing posts with label Diari Burung. Show all posts
Showing posts with label Diari Burung. Show all posts

Wednesday, February 8

Cara Memasang Harnes




Harness


Ada pelbagai Saiz 
- SS   =  RM40   Love Bird, Parrolet, Budgie.  
- S     =  RM40   Cockatiel, Greencheck.        
- M   =  RM40    Sun Conure. TIADA STOK                     
- L    =   RM50   Afrika Grey .                     
- XL =   RM50   BnG.                                   
**Panjang tali dibekalkan sekitar 5-6 kaki..boleh tambah sendiri mengikut kehendak tuan punya burung. :)

Sunday, January 1

Selamat Datang 2017!!


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua.. :)

Selamat Tahun Baru kepada semua..semoga tahun baru ini pihak dapat mengeluarkan produk baru untuk anda semua peminat burung spesis nuri ini..in shaa Allah.

Sempena tahun baru ini..pihak kami juga akan membuat beberapa promosi untuk anda semua!!




Kalander Burung keluaran khas untuk anda semua..banyak lagi hadiah yang akan saya berikan..nantikan untuk pembeli bertuah! 

Thursday, October 29

PERTUNJUKAN & PERTANDINGAN BUDGERIGAR PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Bismillahhirrahmannirrahim ...
Assalammualaikum semua .. salam sejahtera ... :)

Khas untuk semua peminat burung budgie, satu pertunjukan & pertandingan burung budgie akan diadakan pada 31 Oktober 2015 ( Sabtu ) di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan. Semua dijemput hadir untuk menyaksikan pertandingan tersebut.





Pertandingan tersebut yang terbahagi kepada beberapa kategori akan lebih menarik perhatian kerana terdapat pelbagai jenis burung budgie yang akan dipertandingkan. Kepada mereka yang berminat, segera daftarkan diri anda! Hubungi segera untuk pertanyaan lanjut :-

KUHA : +60199140068

MUZA : +60179230337

DUWE : +60135885759

SYARAT - SYARAT PERTANDINGAN SENI KECANTIKAN BURUNG BUDGIE PADA 31/10/2015 DI KB MALL KOTA BHARU

1) Burung budgie yang ingin dipertandingkan adalah mempunyai legband tempatan sahaja.Legband luar dari Malaysia dan tiada legband tidak dibenarkan.

2) Burung budgie yang ingin dipertandingkan perlulah sihat dan bebas dari penyakit terutama sekali scalyface dan scalyfeet. (Puru..putih2 menggerutu)

3) Showcage perlulah mengikut saiz yang telah ditetapkan oleh World Budgerigar Organization (WBO) dengan bahagian dalam bewarna putih.

4) Showcage perlulah bebas dari sebarang logo kelab atau tanda pengenalan.

5) Aspek kebersihan amat dititikberatkan sebelum, semasa dan selepas pertandingan.Burung dan showcage perlulah dalam keadaan bersih semasa dipertandingkan.

6) Bagi kategori induk, umur yang layak adalah setahun ke atas.

7) Bagi kategori muda, umur yang layak adalah selepas moulting pertama hingga setahun serta legband tahun semasa.

8) Bagi kategori bayi, had umur adalah dari mula keluar nestbox sehingga sebelum selesai moulting pertama.

9) Yuran penyertaan adalah RM10 untuk burung pertama hingga ketiga dan RM5 untuk burung keempat dan seterusnya.

10) Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan di meja urusetia/pendaftaran sebelum penghakiman burung dilakukan.

11) Burung yang pernah memenangi Best In Show (BIS) dalam mana-mana pertandingan burung budgie di Malaysia adalah tidak dibenarkan dipertandingkan,

12) Syarat-syarat pertandingan ini terpakai sehingga ada perubahan selanjutnya.



Dikesempatan ini juga, gunakan peluang ini untuk kita sama-sama menambah kenalan, berkongsi ilmu dan menambah jaringan kenalan dalam minat yang sama agar peminat burung budgie lebih berkembang di Malaysia...in shaa Allah.

Saya yakin ramai peminat burung budgie dari seluruh pelusuk negara akan hadir untuk memeriahkan pertandingan ini..kita jumpa di sana! in shaa Allah.. :)

Monday, October 5

PPUH COCKATIEL SHOW & PETS JAMBORI DAY

Bismillahhirrahmannirrahim ...
Assalammualaikum semua .. salam sejahtera ... :)




Kira-kira sebulan yang lalu, satu pertandingan cockatiel telah berlangsung dengan jayanya di Gombak Horse Riding Club ( GHRC ) yang dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Unggas & Haiwan Selangor ( PPUH ). Pihak kami juga tidak ketinggalan dengan memasang meja untuk menjual mainan burung nuri ni..hehe. 

Jom kita saksikan sedikit sebanyak gambar2 yang ada.



Gambar pengunjung dan peserta pertandingan









Hadiah-hadiah yang akan diberikan kepada pemenang






Juri sedang membuat penilaian













Gambar-gambar cockatiel yang telah memenangi pertandingan kali ini.






Antara pemenang-pemenang kali ini.






Segelintir orang-orang kuat disebalik tadbir pertandingan cockatiel.





Simple je..janji terjual..hehe






Baru-baru ni keluar artikel di Akhbar Kosmo 25 September 2015

Tahniah kami ucapkan kepada penganjur kerana program berjalan dengan lancar dan amat meriah..akan datang in shaa Allah boleh buat lagi..dan in shaa Allah juga saya akan jadi peserta pertandingan dan merangkap penjual mainan burung nuri..hahaha

Sumber Gambar : Kak Suzila Hashim & Kamera aku.

Wednesday, June 3

Pertandingan Burung Budgie dan Cockatiel 2015

Bismillahhirrahmannirrahim ...
Assalammualaikum semua .. salam sejahtera ... :)

Haritu ada pertandingan Budgie dan Cockatiel..tapi sayang seribu kali sayang..niat dihati tahun lepas mahu terlibat sama bertanding untuk tahun ni tapi kerja hakiki memenuhi jadual, ini hanya info untuk simpanan rekod saya.



Akan datang in shaa Allah saya akan terlibat juga..terima kasih banyak2 saya ucapkan pada Presiden PPBCT..Tuan Azuan Sulaiman kerana mempelawa saya tempoh hari. 

Parrots Abg Aji 2015

Bismillahhirrahmannirahim..Assalammualaikum dan hai semua.. :)

Post pertama tahun ni..ramai yang bertanya adakah masih aktif atau tidak..saya masih aktif tetapi permulaan awal tahun ini agak baru bagi saya...

Alhamdulillah..Disember 2014 saya menerima surat kenaikan pangkat dan tempat bertugas baru di Kuala Lumpur. Jadi banyak yang saya terpaksa ubah..semua burung dibawa ke kampung dan dibina sangkar dan reban baru. Bertugas di tempat baru memerlukan saya fokus lebih pada tugas dan tanggungjawab baru, bulan 1 dan 2 saya diarahkan ke pelbagai kursus untuk memantapkan tugas yang baru disandang..kemudian mula merangka jadual kerja dan hari ini hari pertama saya masuk ke pejabat setelah hampir 2 bulan setengah menjalankan tugas luar sebagai pemantau dan telah bergerak ke seluruh Negeri di Semenanjung Malaysia ini..(Sabah Sarawak mybe Ramadhan ini) untuk menjalankan amanah yang diberi. 

Syukur ke hadrat ilahi..masih ramai yang mengingati produk2 saya dan tidak jemu berurusan, terima kasih saya ucapkan. Banyak yang akan saya kongsikan bersama tuan/puan...in shaa Allah.

25/4/2015..Sabtu, di Kota Tinggi..telah berlangsung 1 kursus ternakan dan pembiakan burung parrot, penceramah diterbangkan khas dari Australia..Alhamdulillah byk yg dipelajari..akan datang saya akan berkongsi bersama tuan/puan ya.


Bersama Johny's King



Macam perbincangan kumpulan..7 orang kalau tak silap kehadiran.


Demo cara suap yang betul.





Alhamdulillah..banyak yg dipelajari..in shaa Allah akan datang saya kongsi ya. Kemudian baru2 ni Love Bird di kampung saya banyak membiak..so bermulalah operasi clear stok. 


Jenis Fisher dan Peaceface ni banyak membiak..so ni semua nk dijual..RM100 sekor..kasi murah skit.





Antara koleksi yg dijual..alhamdulillah..hasil duit tu plan nak buat baiki rumah di kampung.

Ok..akan datang sy sambung lagi..mainan juga akan diupdate baru ya.



Thursday, June 5

Pertandingan Seni Kecantikkan Burung Budgie - Pet's Day Terengganu

Bismillahhirrahmannirrahim ... 
Assalammualaikum semua .. salam sejahtera ... :)

Alhamdulillah..selesai sudah Pet's Day di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu pada Sabtu lalu iaitu 31 Mei 2014. Sempena itu juga, PPBCT telah menganjurkan Pertandingan Seni Kecantikkan Burung Budgie Peringkat Kebangsaan 2014.



Sesi pengadilan sedang dijalankan...juri dijemput khas dari Thailand




Antara burung budgie yang telah dinobatkan sebagai pemenang.

Gambar Pemenang

KEPUTUSAN RASMI 
PPBCT BUDGERIGAR NATIONAL SHOW 2014 YANG TELAH DIADAKAN PADA 31 MEI 2014 (SABTU BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI TERENGGANU.
KEPUTUSAN SEBERTI BERIKUT:-

KATEGORI BEST SHOW (COCK)

Pertama - Rosdi bin Ismail (DPKK 44) 
Kedua - Shahidan bin Abd Rahim (DAN 004)
Ketiga - Shahidan bin Abd Rahim (DAN 96)

KATEGORI BEST SHOW (HEN)

Pertama - Mohd Iqram bin Mansor (MIM 047)) 
Kedua - Mohd Redzuan bin Mohd Noor (DUAN 008)
Ketiga - Shahidan bin Abd Rahim (BH 029)

KATEGORI BEST SHOW (YOUN COCK)

Pertama - Mohd Zawawi bin Yusof (AWI 01) 
Kedua - Mohd Naimrudin bin mohd yusuff (KNK 001)
Ketiga - Mohd Naimrudin bin mohd yusuff (KNK 004)

KATEGORI BEST SHOW (YOUN HEN)

Pertama - Nik Zamri bin Hussin (NIZ 042) 
Kedua - Mohd Hafiz bin A Rahman (ABL 002)
Ketiga - Mohd Zawawi bin Yusof (AWI 10) 

BEST IN SHOW (COCK) 
Rosdi bin Ismail (DPKK 44) 

BEST IN SHOW (HEN)
Nik Zamri bin Hussin (NIZ 042) 

TAHNIAH KEPADA PEMENANG.

Insyaallah akan datang akan diadakan lagi pertandingan seumpama ini..maklumat lanjut boleh klik LIKE dan IKUTI page FB PPBCT

Selain itu..saya juga turut berada disana, pertama kali buka booth jual permainan dan aksesori burung.hehe...


Alhamdulillah..orang terengganu sangat peramah..banyak pengalaman baru yang saya dapat..terutamanya dari ahli PPBCT..yang pakai baju biru..yang selalu buat pengumuman alih kereta..yang pengumuman mengenai bayaran tangkap gambar bersama burung..maaf tuan,saya lupa pula nama tuan,hehe..jangan marah ae... 

Ada berita baik untuk tuan/puan yang meminati burung parrots...kita jumpa di post baru tengah hari ni.

Sunday, March 9

Dari bilik blogger...

Bismillahhirrahmannirrahim ...
Assalammualaikum semua .. salam sejahtera ... :)

Harap anda semua sihat..kebelakangan ini agak sibuk tugas di pejabat..balik petang bermain bersama anakku Muhammad Adam..duduk bersembang dengan isteri kesayangan..uruskan makan minum burung..wechat n wasap dengan member-member burung..mancing bersama kawan-kawan..cari maklumat baru untuk dikongsi..paling best duk menyiapkan mainan burung..tak lupa juga yang dari sahabat punya..banyak yang mahu dikongsi..sekarang sedang belajar buat video untuk memudahkan lagi perkongsian dan pembelajaran untuk anda semua...insyaallah...amin... :)


Alhamdulillah..sejak dilancarkan awal tahun haritu..ramai juga peminat permainan burung ni...tempahan sampai buat saya terkejar-kejar..hehe..syukur..inilah dinamakan rezeki..insyaallah..amin.. :)

Ramai juga yang terlepas tempahan kerana stock first saya saje test market..untuk yang kedua ni buat lebih sikit..tempahan pun dah beratur ni..mudah-mudahan makin ramai pembelinya..amin.. :)

Gambar kat atas ni adalah rak untuk saya letak barang-barang mainan burung,tingkat atas tu ubat-ubat dan vitamin...sebelum ni ramai juga yang bertanya mengenai penjagaan burung ni..lagipun susah nak dapat ubat / vitamin khas untuk burung..syukur alhamdulillah saya ada kenalan doktor veterinar..sembang-sembang rupanya banyak juga ubat herba dan kimia untuk burung ni..apa lagi...jadi pembekal la saya ni..hehehe...insyaallah... (post akan datang saya akan kenalkan antara ubat / vitamin yang ada)

Ok..dah jam 4 pagi...esok jam 10 pagi saya post mainan baru yang untuk dijual..akan datang nantikan pakej2 permainan burung yang menarik dan insyaallah saya akan kongsikan tips2 dan cara2 mengajar burung main permainan dan buat trick..insyaallah.. :)