Pages

Wednesday, June 3

Parrots Abg Aji 2015

Bismillahhirrahmannirahim..Assalammualaikum dan hai semua.. :)

Post pertama tahun ni..ramai yang bertanya adakah masih aktif atau tidak..saya masih aktif tetapi permulaan awal tahun ini agak baru bagi saya...

Alhamdulillah..Disember 2014 saya menerima surat kenaikan pangkat dan tempat bertugas baru di Kuala Lumpur. Jadi banyak yang saya terpaksa ubah..semua burung dibawa ke kampung dan dibina sangkar dan reban baru. Bertugas di tempat baru memerlukan saya fokus lebih pada tugas dan tanggungjawab baru, bulan 1 dan 2 saya diarahkan ke pelbagai kursus untuk memantapkan tugas yang baru disandang..kemudian mula merangka jadual kerja dan hari ini hari pertama saya masuk ke pejabat setelah hampir 2 bulan setengah menjalankan tugas luar sebagai pemantau dan telah bergerak ke seluruh Negeri di Semenanjung Malaysia ini..(Sabah Sarawak mybe Ramadhan ini) untuk menjalankan amanah yang diberi. 

Syukur ke hadrat ilahi..masih ramai yang mengingati produk2 saya dan tidak jemu berurusan, terima kasih saya ucapkan. Banyak yang akan saya kongsikan bersama tuan/puan...in shaa Allah.

25/4/2015..Sabtu, di Kota Tinggi..telah berlangsung 1 kursus ternakan dan pembiakan burung parrot, penceramah diterbangkan khas dari Australia..Alhamdulillah byk yg dipelajari..akan datang saya akan berkongsi bersama tuan/puan ya.


Bersama Johny's King



Macam perbincangan kumpulan..7 orang kalau tak silap kehadiran.


Demo cara suap yang betul.





Alhamdulillah..banyak yg dipelajari..in shaa Allah akan datang saya kongsi ya. Kemudian baru2 ni Love Bird di kampung saya banyak membiak..so bermulalah operasi clear stok. 


Jenis Fisher dan Peaceface ni banyak membiak..so ni semua nk dijual..RM100 sekor..kasi murah skit.





Antara koleksi yg dijual..alhamdulillah..hasil duit tu plan nak buat baiki rumah di kampung.

Ok..akan datang sy sambung lagi..mainan juga akan diupdate baru ya.



No comments:

Post a Comment