Assalammualaikum semua .. salam sejahtera ... :)
Khas untuk semua peminat burung budgie, satu pertunjukan & pertandingan burung budgie akan diadakan pada 31 Oktober 2015 ( Sabtu ) di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan. Semua dijemput hadir untuk menyaksikan pertandingan tersebut.
Pertandingan tersebut yang terbahagi kepada beberapa kategori akan lebih menarik perhatian kerana terdapat pelbagai jenis burung budgie yang akan dipertandingkan. Kepada mereka yang berminat, segera daftarkan diri anda! Hubungi segera untuk pertanyaan lanjut :-
KUHA : +60199140068
MUZA : +60179230337
DUWE : +60135885759
SYARAT - SYARAT PERTANDINGAN SENI KECANTIKAN BURUNG BUDGIE PADA 31/10/2015 DI KB MALL KOTA BHARU
1) Burung budgie yang ingin dipertandingkan adalah mempunyai legband tempatan sahaja.Legband luar dari Malaysia dan tiada legband tidak dibenarkan.
2) Burung budgie yang ingin dipertandingkan perlulah sihat dan bebas dari penyakit terutama sekali scalyface dan scalyfeet. (Puru..putih2 menggerutu)
3) Showcage perlulah mengikut saiz yang telah ditetapkan oleh World Budgerigar Organization (WBO) dengan bahagian dalam bewarna putih.
4) Showcage perlulah bebas dari sebarang logo kelab atau tanda pengenalan.
5) Aspek kebersihan amat dititikberatkan sebelum, semasa dan selepas pertandingan.Burung dan showcage perlulah dalam keadaan bersih semasa dipertandingkan.
6) Bagi kategori induk, umur yang layak adalah setahun ke atas.
7) Bagi kategori muda, umur yang layak adalah selepas moulting pertama hingga setahun serta legband tahun semasa.
8) Bagi kategori bayi, had umur adalah dari mula keluar nestbox sehingga sebelum selesai moulting pertama.
9) Yuran penyertaan adalah RM10 untuk burung pertama hingga ketiga dan RM5 untuk burung keempat dan seterusnya.
10) Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan di meja urusetia/pendaftaran sebelum penghakiman burung dilakukan.
11) Burung yang pernah memenangi Best In Show (BIS) dalam mana-mana pertandingan burung budgie di Malaysia adalah tidak dibenarkan dipertandingkan,
12) Syarat-syarat pertandingan ini terpakai sehingga ada perubahan selanjutnya.
Dikesempatan ini juga, gunakan peluang ini untuk kita sama-sama menambah kenalan, berkongsi ilmu dan menambah jaringan kenalan dalam minat yang sama agar peminat burung budgie lebih berkembang di Malaysia...in shaa Allah.
Saya yakin ramai peminat burung budgie dari seluruh pelusuk negara akan hadir untuk memeriahkan pertandingan ini..kita jumpa di sana! in shaa Allah.. :)
No comments:
Post a Comment