Budgerigar,juga secara tidak rasminya dikenali
sebagai budgie,adalah sejenis nuri kecil,berekor panjang dan pemakan
bijiran,7-10 inci dari atas kepala ke hujung ekor mereka. Hidup 10-15 tahun
atau lebih dalam kurungan. Ia adalah satu-satu spesis dari genus Melopsiyyacus
yang berasal dari Australia. Budgerigar liar boleh dijumpai di seluruh bahagian
kering di Australia.
Burung budgie/baji atau lebih dikenali sebagai
serindit ataupun bayan di sesetengah negeri ini adalah salah satu burung
peliharaan yang popular dan mudah didapati hampir di setiap kedai haiwan
peliharaan di Malaysia. Burung ini terdiri dari pelbagai warna yang amat cantik,warna-warni
dan comel.
Oleh kerana saiz burung budgie/baji ini agak
kecil,ianya agak sesuai untuk haiwan kesayangan pertama untuk kanak-kanak
kecil.Pemeliharaan burung budgie/baji ini bersama kanak-kanak kecil juga dapat
membenytuk ikatan kasih sayang terhadap haiwan,burung ini juga boleh dilatih
untuk dijadikan teman rapat.
Burung ini boleh dilatih membuat persembahan asas
seperti naik ke jari,putaran dalam bulatan,mengambil barang kecil,lompat dari
tangan ke tangan,mencium,naik tangga atau angkat loceng. Persembahan ini boleh
membuatkan kanak-kanak kecil gembira. Tetapi untuk melatih burung ini
memerlukan masa sehingga betul-betul terlatih.Latihan dan bermain merupakan
satu bahagian penting dalam menjaga burung budgie/baji kesayangan anda bahagia
dan sihat.
Sekiranya burung budgie/baji anda telah menjadi
rapat dan amat jinak,anda akan perasan apabila anda pulang dari kerja dan
kedengaran haiwan kesayangan anda akan mula bersiul bising,mereka seolah-olah
cuba menarik perhatian anda sebanyak mungkin dan suka dibelai dan dipeluk.
Jawab soalan-soalan berikut sebelum membuat
keputusan untuk membeli Parkit yang lain:
1. Bolehkah saya menyediakan satu tempat yang sesuai
dan ruang untuk burung ini untuk hidup?
2. Adakah saya akan dapat menyediakan persekitaran
yang selamat untuk burung ?
3. Bolehkah saya menghabiskan sedikit masa dengan
burung ini di luar sangkar setiap hari?
4. Bolehkah saya mengendalikan panggilan semula jadi
burung ini?(Mengawal bunyi bising)
5. Bolehkah saya atau orang lain yang
bertanggungjawab untuk menjaga burung ini untuk jangka hayat ?
Menjawab ya kepada setiap soalan-soalan ini
menunjukkan burung budgie/baji ini boleh menjadi pilihan yang baik untuk anda.
Berasal dari Australia, burung budgie/baji ini pertama kali ditangkap dalam
tahun 1700 -an. Mereka telah menjadi haiwan kesayangan popular sejak itu.
Anda boleh membezakan jantan betina oleh Cere perempuan
mempunyai Cere keperangan, Cere lelaki adalah biru. Perbezaan ini hanya
dikenali selepas burung telah mencapai umur sekurang-kurangnya 6 bulan.
Makanannya adalah sekoi,seeloknya jangan beri setiap
hari,gilir-gilir dalam seminggu tu 1-3 kali berilah buah segar dan sayur
segar,antaranya lobak,kangkung,salad,brokoli,epal,jagung. Dengan penjagaan
makan minum yang baik insyaallah burung budgie/baji anda akan sihat,aktif dan
bulu berkilat. Buang sebarang sisa buah-buahan dan sayur-sayuran selepas 24 jam
untuk mengelakkan burung memakannya seterusnya sakit perut.AWAS!! Jangan sesekali
terlepas beri makan coklat,avokado,biji buah-buahan dan kafein kerana ianya
beracun untuk burung kesayangan anda.
Akhir sekali , nikmati burung budgie/baji anda dan
berikan kepada dia sebanyak mungkin kasih sayang dan perhatian. Mereka bukan
sahaja akan membalas , tetapi menyediakan keseronokan begitu banyak untuk anda
dan keluarga anda sebagai
Sumber : Pengalaman,En.Google,dan Pn.Wikipedia