NOTA PENTING!

Assalammualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca blog saya.

Saya tidak membiak dan menjual burung-burung budgie,teil,LB sejak 2015 lagi kerana sudah berpindah kerja di Kuala Lumpur dan kerja saya memerlukan saya banyak bertugas di luar negeri dan bergerak dari 1 tempat ke 1 tempat yang lain. Tiada masa untuk beri tumpuan penuh.

Blog ini lebih kepada info2 dan aksesori serta mainan burung sahaja buat masa ini.

Sekian,Terima Kasih.


EXTRA LARGE ( XL ): Macaw Hyacinth, Macaw Green-winged, Macaw Scarlet, Macaw Blue and Gold, Moluccan, Umbrella, Palm Cockatoo, dan Greater sulphur-crested.


LARGE PARROTS ( L ): Amazons, African Grey, Cockatoos Laseer, Goffins, Sulphur Crested Cockatoo, Mini Macaws, Most Macaws, Cape U / Un cape, Galah, Jardine, Sun Conure Nanday, Conure blue crown, Macaws baby / muda, Cockatoos baby / muda, dan Moluccan baby / muda.


MEDIUM ( M ): Ring neck, Lorikeets, Meyers, Pionus, Poicephalus, Sun Conure, Green Cheeck, Rosella, Goffin muda, African grey muda, Amazons muda, dan Macaw mini muda.


SMALL ( S ): Budgerigar, Lovebirds, Cockatiels, Parrotlets, Sun Conure muda, dan Green Cheeck muda



"USIA mahupun JENIS BURUNG juga boleh menjadi pertimbangan terhadap pemilihan jenis-jenis mainan."

Friday, December 27

Pengenalan Asas Budgie/Baji


Budgerigar,juga secara tidak rasminya dikenali sebagai budgie,adalah sejenis nuri kecil,berekor panjang dan pemakan bijiran,7-10 inci dari atas kepala ke hujung ekor mereka. Hidup 10-15 tahun atau lebih dalam kurungan. Ia adalah satu-satu spesis dari genus Melopsiyyacus yang berasal dari Australia. Budgerigar liar boleh dijumpai di seluruh bahagian kering di Australia.

Burung budgie/baji atau lebih dikenali sebagai serindit ataupun bayan di sesetengah negeri ini adalah salah satu burung peliharaan yang popular dan mudah didapati hampir di setiap kedai haiwan peliharaan di Malaysia. Burung ini terdiri dari pelbagai warna yang amat cantik,warna-warni dan comel.

Oleh kerana saiz burung budgie/baji ini agak kecil,ianya agak sesuai untuk haiwan kesayangan pertama untuk kanak-kanak kecil.Pemeliharaan burung budgie/baji ini bersama kanak-kanak kecil juga dapat membenytuk ikatan kasih sayang terhadap haiwan,burung ini juga boleh dilatih untuk dijadikan teman rapat.




Burung ini boleh dilatih membuat persembahan asas seperti naik ke jari,putaran dalam bulatan,mengambil barang kecil,lompat dari tangan ke tangan,mencium,naik tangga atau angkat loceng. Persembahan ini boleh membuatkan kanak-kanak kecil gembira. Tetapi untuk melatih burung ini memerlukan masa sehingga betul-betul terlatih.Latihan dan bermain merupakan satu bahagian penting dalam menjaga burung budgie/baji kesayangan anda bahagia dan sihat.

Sekiranya burung budgie/baji anda telah menjadi rapat dan amat jinak,anda akan perasan apabila anda pulang dari kerja dan kedengaran haiwan kesayangan anda akan mula bersiul bising,mereka seolah-olah cuba menarik perhatian anda sebanyak mungkin dan suka dibelai dan dipeluk.

Jawab soalan-soalan berikut sebelum membuat keputusan untuk membeli Parkit yang lain:

1. Bolehkah saya menyediakan satu tempat yang sesuai dan ruang untuk burung ini untuk hidup?
2. Adakah saya akan dapat menyediakan persekitaran yang selamat untuk burung ?
3. Bolehkah saya menghabiskan sedikit masa dengan burung ini di luar sangkar setiap hari?
4. Bolehkah saya mengendalikan panggilan semula jadi burung ini?(Mengawal bunyi bising)
5. Bolehkah saya atau orang lain yang bertanggungjawab untuk menjaga burung ini untuk jangka hayat ?

Menjawab ya kepada setiap soalan-soalan ini menunjukkan burung budgie/baji ini boleh menjadi pilihan yang baik untuk anda. Berasal dari Australia, burung budgie/baji ini pertama kali ditangkap dalam tahun 1700 -an. Mereka telah menjadi haiwan kesayangan popular sejak itu.




Anda boleh membezakan jantan betina oleh Cere perempuan mempunyai Cere keperangan, Cere lelaki adalah biru. Perbezaan ini hanya dikenali selepas burung telah mencapai umur sekurang-kurangnya 6 bulan.

Makanannya adalah sekoi,seeloknya jangan beri setiap hari,gilir-gilir dalam seminggu tu 1-3 kali berilah buah segar dan sayur segar,antaranya lobak,kangkung,salad,brokoli,epal,jagung. Dengan penjagaan makan minum yang baik insyaallah burung budgie/baji anda akan sihat,aktif dan bulu berkilat. Buang sebarang sisa buah-buahan dan sayur-sayuran selepas 24 jam untuk mengelakkan burung memakannya seterusnya sakit perut.AWAS!! Jangan sesekali terlepas beri makan coklat,avokado,biji buah-buahan dan kafein kerana ianya beracun untuk burung kesayangan anda.


Akhir sekali , nikmati burung budgie/baji anda dan berikan kepada dia sebanyak mungkin kasih sayang dan perhatian. Mereka bukan sahaja akan membalas , tetapi menyediakan keseronokan begitu banyak untuk anda dan keluarga anda sebagai

Sumber : Pengalaman,En.Google,dan Pn.Wikipedia

1 comment:

  1. https://pay.larvanet.com/order/form/14D-5/SAUDAGAREMAS

    ReplyDelete