NOTA PENTING!

Assalammualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca blog saya.

Saya tidak membiak dan menjual burung-burung budgie,teil,LB sejak 2015 lagi kerana sudah berpindah kerja di Kuala Lumpur dan kerja saya memerlukan saya banyak bertugas di luar negeri dan bergerak dari 1 tempat ke 1 tempat yang lain. Tiada masa untuk beri tumpuan penuh.

Blog ini lebih kepada info2 dan aksesori serta mainan burung sahaja buat masa ini.

Sekian,Terima Kasih.


EXTRA LARGE ( XL ): Macaw Hyacinth, Macaw Green-winged, Macaw Scarlet, Macaw Blue and Gold, Moluccan, Umbrella, Palm Cockatoo, dan Greater sulphur-crested.


LARGE PARROTS ( L ): Amazons, African Grey, Cockatoos Laseer, Goffins, Sulphur Crested Cockatoo, Mini Macaws, Most Macaws, Cape U / Un cape, Galah, Jardine, Sun Conure Nanday, Conure blue crown, Macaws baby / muda, Cockatoos baby / muda, dan Moluccan baby / muda.


MEDIUM ( M ): Ring neck, Lorikeets, Meyers, Pionus, Poicephalus, Sun Conure, Green Cheeck, Rosella, Goffin muda, African grey muda, Amazons muda, dan Macaw mini muda.


SMALL ( S ): Budgerigar, Lovebirds, Cockatiels, Parrotlets, Sun Conure muda, dan Green Cheeck muda



"USIA mahupun JENIS BURUNG juga boleh menjadi pertimbangan terhadap pemilihan jenis-jenis mainan."

Friday, June 5

Mengenali jantina bagi burung Love Bird (LB)

Bismillahhirrahmannirrahim ...
Assalammualaikum semua .. salam sejahtera ... :)




Hari ni saya nak kongsikan ilmu bagaimana membezakan Burung Love Bird Jantan/Betina. Petua ini saya dapat dari rujukan bersama otai2 dan pengalaman sendiri. In shaa Allah..


1. Ciri Kepala (50% - 60% tepat) :-

Jantan : Secara umum dari depan / tepi nampak bulat / rata.
Betina : Secara umum kepala nampak besar / menonjol ke depan.

2. Ciri Bertenggek (80% - 90% tepat) :-

Jantan : Bukaan kaki agak rapat, sama/kurang lebar bahu.
Betina : Bukaan kaki agak lebar dan luas, bukaan sama/melebihi lebar bahu. Macam terkangkang.




3. Ciri Jisim Badan (40%-50% tepat) :-

Jantan : Bila dipegang terasa kurus / ramping. 
Betina  : Bila dipegang terasa montok / gemuk.
( faktor diatas bergantung pada pemakanan dan keadaan)




4. Ciri Bentuk Paruh (40%-50% tepat) :-

Jantan : Paruh kecil, runcing/mancung atas. 
Betina  : Paruh lebar, besar/melebar dan tumpul                  atas.
( untuk permulaan agak sukar untuk nampak perbezaannya)








5. Ciri Bentuk Ekor (70%-80% tepat) :-

Jantan : Berbentuk V, tajam/runcing. 
Betina  : Berbentuk U, mengembang/lebar.











6. Ciri Sayap (50%-60% tepat) :-

Jantan : Menyentuh/bersilang. 
Betina  : Rata/terbuka, tidak bersentuh.





7. Ciri Tulang Pubis (Sepit Udang) (80%-90% tepat) :-

Jantan : Sepit rapat, keras, tajam dan dekat dengan pangkal ekor. 
Betina  : Lebar, jarak, lembut tumpul dan dekat ke arah tulang dada.
( perlu banyak menguji dan cuba, cara ini lebih berkesan apabila burung sangat matang)


8. Mengunakan Cincin emas atau Jarum (50%-60% tepat):-

Siapkan tali dengan panjang 15 - 20 cm,
- Kemudian ikatkan bahagian hujungnya pada cincin/jarum.
- Pegang burung dengan sebelah tangan untuk dapatkan kedudukan kepala lebih tepat,
   pegang bahagian badan dan kepalanya berada jauh dari genggaman.
- Hulurkan cincin perlahan-lahan agar berada tepat di atas kepala burung, dengan jarak antara cincin dan kepala burung sekitar 3-5 cm.
- Perhatikan pergerakan yang terjadi pada cincin/jarum tersebut:-

-> Gerakan cincin yang satu arah (bergerak depan-belakang) menandakan burung jantan.
-> Gerakan cincin yang berpusing atau bulatan menandakan burung betina.

(Kaedah ini diajarkan oleh otai dari indonesia)

9. Ujian DNA (100% tepat) :-

Kaedah 1 : Dengan titisan darah. (potong di kuku atau cucuk di tapak kaki)


Kaedah 2 : Dengan ujian dari bulu pelepah penuh.

Kaedah ini adalah yang paling tepat untuk mengetahui jantina burung, namun kaedah ini memerlukan modal wang ringgit sekitar RM100-200. Tempat kebiasaan yang menyediakan perkhidmatan ini ialah di Hospital Veterinar UPM. Anda boleh menghubunginya untuk maklumat lanjut.

Unit Pesakit Luar
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan Malaysia

: + 603 8609 3954 / 3955 
+ 603 8947 1055


Keterangan :-

No.1-7   :   Adalah kaedah-kaedah penentuan jantina secara fizikal, bergantung pada tingkah laku burung tersebut dan juga pemerhatian anda. Ketepatan adalah bergantung kepada pengalaman dan anda boleh tentukan sendiri.

No.8        :   Terpulang pada keyakinan anda untuk yakin pada kaedah seperti ini.

No.9        :   Kaedah yang terbukti tepat tanpa ada prasangka.

Segala keterangan kaedah diatas adalah berdasarkan pertanyaan saya bersama otai2 parrot, pengalaman saya, buku-buku berkaitan burung, dan rujukan internet. Segala maklumat diatas adalah sebagai panduan dan terpulang pada anda untuk menentukan cara untuk membezakan jantina burung Love Bird, jika anda ada cara lain bolehlah berkongsi bersama kami.

Semoga nota ini memberi manfaat untuk kita semua..terima kasih. :)

Wednesday, June 3

Pertandingan Burung Budgie dan Cockatiel 2015

Bismillahhirrahmannirrahim ...
Assalammualaikum semua .. salam sejahtera ... :)

Haritu ada pertandingan Budgie dan Cockatiel..tapi sayang seribu kali sayang..niat dihati tahun lepas mahu terlibat sama bertanding untuk tahun ni tapi kerja hakiki memenuhi jadual, ini hanya info untuk simpanan rekod saya.



Akan datang in shaa Allah saya akan terlibat juga..terima kasih banyak2 saya ucapkan pada Presiden PPBCT..Tuan Azuan Sulaiman kerana mempelawa saya tempoh hari. 

Parrots Abg Aji 2015

Bismillahhirrahmannirahim..Assalammualaikum dan hai semua.. :)

Post pertama tahun ni..ramai yang bertanya adakah masih aktif atau tidak..saya masih aktif tetapi permulaan awal tahun ini agak baru bagi saya...

Alhamdulillah..Disember 2014 saya menerima surat kenaikan pangkat dan tempat bertugas baru di Kuala Lumpur. Jadi banyak yang saya terpaksa ubah..semua burung dibawa ke kampung dan dibina sangkar dan reban baru. Bertugas di tempat baru memerlukan saya fokus lebih pada tugas dan tanggungjawab baru, bulan 1 dan 2 saya diarahkan ke pelbagai kursus untuk memantapkan tugas yang baru disandang..kemudian mula merangka jadual kerja dan hari ini hari pertama saya masuk ke pejabat setelah hampir 2 bulan setengah menjalankan tugas luar sebagai pemantau dan telah bergerak ke seluruh Negeri di Semenanjung Malaysia ini..(Sabah Sarawak mybe Ramadhan ini) untuk menjalankan amanah yang diberi. 

Syukur ke hadrat ilahi..masih ramai yang mengingati produk2 saya dan tidak jemu berurusan, terima kasih saya ucapkan. Banyak yang akan saya kongsikan bersama tuan/puan...in shaa Allah.

25/4/2015..Sabtu, di Kota Tinggi..telah berlangsung 1 kursus ternakan dan pembiakan burung parrot, penceramah diterbangkan khas dari Australia..Alhamdulillah byk yg dipelajari..akan datang saya akan berkongsi bersama tuan/puan ya.


Bersama Johny's King



Macam perbincangan kumpulan..7 orang kalau tak silap kehadiran.


Demo cara suap yang betul.





Alhamdulillah..banyak yg dipelajari..in shaa Allah akan datang saya kongsi ya. Kemudian baru2 ni Love Bird di kampung saya banyak membiak..so bermulalah operasi clear stok. 


Jenis Fisher dan Peaceface ni banyak membiak..so ni semua nk dijual..RM100 sekor..kasi murah skit.





Antara koleksi yg dijual..alhamdulillah..hasil duit tu plan nak buat baiki rumah di kampung.

Ok..akan datang sy sambung lagi..mainan juga akan diupdate baru ya.