NOTA PENTING!

Assalammualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca blog saya.

Saya tidak membiak dan menjual burung-burung budgie,teil,LB sejak 2015 lagi kerana sudah berpindah kerja di Kuala Lumpur dan kerja saya memerlukan saya banyak bertugas di luar negeri dan bergerak dari 1 tempat ke 1 tempat yang lain. Tiada masa untuk beri tumpuan penuh.

Blog ini lebih kepada info2 dan aksesori serta mainan burung sahaja buat masa ini.

Sekian,Terima Kasih.


EXTRA LARGE ( XL ): Macaw Hyacinth, Macaw Green-winged, Macaw Scarlet, Macaw Blue and Gold, Moluccan, Umbrella, Palm Cockatoo, dan Greater sulphur-crested.


LARGE PARROTS ( L ): Amazons, African Grey, Cockatoos Laseer, Goffins, Sulphur Crested Cockatoo, Mini Macaws, Most Macaws, Cape U / Un cape, Galah, Jardine, Sun Conure Nanday, Conure blue crown, Macaws baby / muda, Cockatoos baby / muda, dan Moluccan baby / muda.


MEDIUM ( M ): Ring neck, Lorikeets, Meyers, Pionus, Poicephalus, Sun Conure, Green Cheeck, Rosella, Goffin muda, African grey muda, Amazons muda, dan Macaw mini muda.


SMALL ( S ): Budgerigar, Lovebirds, Cockatiels, Parrotlets, Sun Conure muda, dan Green Cheeck muda



"USIA mahupun JENIS BURUNG juga boleh menjadi pertimbangan terhadap pemilihan jenis-jenis mainan."

Wednesday, January 1

Selamat Tahun Baru 2014.. :)

Bismillahhirrahmannirrahim...Assalammualaikum semua..salam sejahtera... :)


Hari ini hari pertama tahun 2014..harap semua lebih bersemangat untuk tahun baru ni..insyaallah. Alhamdulillah..sepanjang 2013 sebelum ni banyak mengajar saya pengalaman mengenai ternakan dan peliharaan burung eksotik ni ataupun lebih dikenali burung nuri atau parrots. Macam-macam kerenah juga yang dapat ditemui..apa-apa pun semua itu adalah pengajaran dan pengalaman berguna. 

Hari ini saya nak kongsikan beberapa jenis burung yang pernah saya miliki.. :)





Semua gambar-gambar diatas ni adalah burung budgie yang pernah saya miliki dan ada juga yang dah jual. hehe..


Ni pulak sepasang English Budgie,Jantan Cock Violet dan Betina Hen Lutino,
(rasanye la..kalau silap minta otai2 betulkan,hehe)
Alhamdulillah...sebulan lepas bertelur 6 biji..tak sampai 2 minggu habis semua dipecahkannya sebab kucing datang kacau hampir setiap hari..kemudian saya tukar tempat..dan alhamdulillah..sekarang dah kembali bertelur..dah mengeram cukup tempoh rasanya..tunggu menetas je sekarang ni..harap-harap semua menjadi..amin..insyaallah.. :)


Yang ni Rainbow Lorikeets..saya panggil RAMBO..tersangat-sangat jinak..bila buka pintu sangkar je cepat je meluru datang nak bermain..tak takut orang..semua orang dia layan..tapi dah berpindah ke Pining.. :)


Ni pun sama..sangat-sangat jinak..suka duk bersembunyi celah tangan tuannya..panggil dia KING..sebulan lepas dah pindah ke Melaka.


Ini pula CONURE...pun jinak juga..suka menjelajah kat badan tuannya..kalau saya balik dari kerja..suara dia paling meriah sekali...tak akan berhenti hingga saya belai dia..dah pindah juga ke Selangor.


Yang ni LB saya awal2 dulu..hf penuh dari bulu pahat..sangat2 jinak..kalau bawak keluar suka main terbang2 dekat dengan tuannye..sekarang keluarga mentua jaga..hehe


Ni la CAG pertama saya...CONGO namanye..dah pandai beri salam..bunyi miow..hello..tiru suara burung lain dan macam-macam la..mula-mula sangat jinak..haritu lepas isteri bersalin lama juga tak beri perhatian pada dia..terus hampir jadi liar..sekarang dah jinak semula...pernah sekali terlepas terbang..nun jauh tinggi naik ke awan..puas juga mengejar panggil balik..last2 bertenggek kat pokok belakang rumah..pastu panggil2 je terus dia turun bawah dan jalan terkedek2 datang nak masuk sangkar semula..tak pernah terbang tinggi..penat la tu..hahaha... :)

Itulah sedikit sebanyak antara gambar-gambar burung peliharaan saya..ada lagi..Tiel..LB..dll yang entah mana gambarnye..lupa letak mana..hahaha.

Insyaallah tahun ni plan nak biakkan burung Cockatiel dan Budgie,mudah-mudahan menjadi.amin.. :)


Ok..nanti kita sambung lagi.. :)

1 comment:

  1. Bole x bgi tips skit pasal cara nk ajar burung cockatiel mkn sendiri..skrng dh umur 3 bulan tpi x reti2 nk mkn sendiri..

    ReplyDelete