NOTA PENTING!

Assalammualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca blog saya.

Saya tidak membiak dan menjual burung-burung budgie,teil,LB sejak 2015 lagi kerana sudah berpindah kerja di Kuala Lumpur dan kerja saya memerlukan saya banyak bertugas di luar negeri dan bergerak dari 1 tempat ke 1 tempat yang lain. Tiada masa untuk beri tumpuan penuh.

Blog ini lebih kepada info2 dan aksesori serta mainan burung sahaja buat masa ini.

Sekian,Terima Kasih.


EXTRA LARGE ( XL ): Macaw Hyacinth, Macaw Green-winged, Macaw Scarlet, Macaw Blue and Gold, Moluccan, Umbrella, Palm Cockatoo, dan Greater sulphur-crested.


LARGE PARROTS ( L ): Amazons, African Grey, Cockatoos Laseer, Goffins, Sulphur Crested Cockatoo, Mini Macaws, Most Macaws, Cape U / Un cape, Galah, Jardine, Sun Conure Nanday, Conure blue crown, Macaws baby / muda, Cockatoos baby / muda, dan Moluccan baby / muda.


MEDIUM ( M ): Ring neck, Lorikeets, Meyers, Pionus, Poicephalus, Sun Conure, Green Cheeck, Rosella, Goffin muda, African grey muda, Amazons muda, dan Macaw mini muda.


SMALL ( S ): Budgerigar, Lovebirds, Cockatiels, Parrotlets, Sun Conure muda, dan Green Cheeck muda



"USIA mahupun JENIS BURUNG juga boleh menjadi pertimbangan terhadap pemilihan jenis-jenis mainan."

Friday, January 3

Telur EB Parrots Abg Aji dah menetas

Bismillahhirrahmannirrahim ... Assalammualaikum semua .. salam sejahtera ... :)


Ni EB Cock Violet dan Hen Lutino kesayangan saya...alhamdulillah....lama juga nak tunggu dia bertelur..sebulan lepas sekitar bulan November dia bertelur dekat 6 biji tapi tak tahan lama kerana diganggu kucing hingga dia selalu terkejut dan akhirnya mematuk telur hingga pecah dan dibuang keluar dari nestbox. 

Sayang sekali...saat tu hanya tinggal 4-5 hari je lagi jangkaan menetas..kelibat baby dah nampak dalam telur apabila disuluh. Lepas kejadian tu terus alihkan ke tempat yang lebih selamat. Alhamdulillah...pertengahan Disember 2013 sekitar 13-14 Dis pasangan burung ni sekali lagi bertelur 6 biji..syukur.. :)


Makanan dan air diberi secukupnya...kalau tak..burung merajuk..hehe..dan alhamdulillah pada 31 Dis lepas sebiji telur telah menetas..diikuti 1 Januari dan semalam 2 Januari..kesemuanya 3 ekor..tapi sayang..setakat post ni ditaip..hanya seekor sahaja yang bertahan..lagi 2 ekor mati,tak pasti kenapa..samaada dipijak atau tidak dapat makan. Ada baki lagi 3 telur...harap yang baki tu dapat hidup.


Mudah-mudahan segalanye berjalan dengan lancar..amin.. :)

No comments:

Post a Comment